Monday, January 10, 2011

ALHAMDULILAH...

Dalam aku kusut2 nak pegi kerja mcamana..Boleh plak aku dpat panggilan pagi td cakap 12 Januari ni aku kena datang untuk briefing je..Alhamdulillah..kalau x 3 hari aku kena ulang alik dari Rawang ke Subang hari2..Kalau adik aku  x cuti pertengahan semester memang aku cadang nak tumpang rumah dia je..jimat kos & masa sikit even aku duk shah alam pun.Ni kalau hari2 ulang alik Rawang - Subang sakit gak la..Tapi alhamdulillah dalam kekusut aku nak bajet2 ni dapat gak la jimat..Hope pasni kalau dah start minggu depan pon kena stay kat Subang aku leh tumpang adik aku je..pastu harap2 x lama la kat sana..aku nak duk Ampang plak nak training kat workshop STAR-LRT Ampang Line..Mudah - mudahan...

Wednesday, January 5, 2011

SAMBUNGAN - KERJA BARU (KENA REPORT AWAL PLAK...)

ADUHHHH BOLEH PLAK....aku ni cuak sebenarnya dengan kerja bidang aku ni..tanggungjawab besar woo..patot aku masuk 17 Januari 2011 ni..tapi dorang kol nak awalkan 12 Januari lak..tah kenapa tah aku cuak sangat2 ni..macam nak g perang rasanya..huhu



Kena report kat HQ Subang dulu..(hope x lama2 la kat HQ) aku nak duk kat Ampang terus tengok2 apa patot untuk kerja baru ni..hui 2 tahun woo tinggal benda2 Engineering ni..Tah la aku ingat lagi ke x term2 engineering ni..kalau dorang suruh buat kerja hands on aku boleh la..main2 minyak hitam lagi aku suka..tapi kalau dorang nak aku plan,wat drawing,baca2 lukisan mmg hampeh la aku..kena mik masa nak blaja..aku ni bukan pandai sangat pon benda2 teori ni..aku suka benda yang boleh aku buat & repair.

Aku kuatkan la juga nak kena masuk cepat ni demi masa depan aku & keluarga..Sebab dorang la aku kuat,dorang la pendorong aku untuk lebih bergerak maju ke depan.Aku bersyukur sangat sebab family & orang tersayang sentiasa memberikan aku semangat.

Harap2 sangat 1st day aku daftar nanti x da apa or banyak masalah..Aku doa & berharap sangat2 orang yang akan berkerja dengan aku nanti orang2 yang 1 kepala & baik2..aku x suka gado2..office politik..gosip2..bos yang angkuh..HR yang kerek..jauh2kan lah YA ALLAH benda2 x elok tu...Aminyarabbalamin!!

Sunday, January 2, 2011

TEMPAT KERJA BARU....

FUHHHHHHHHHH............Sebelum aku karang lebih2..aku nak ucapkan "SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA AKHIRNYA AKU DAPAT KERJA YANG AKU IDAM2KAN SESUAI DGN DEGREE AKU"




17 JANUARI 2011 akan tarikh dimana aku akan memulakan cabaran baru aku dalam hidup bergelar seorang ...... Aku cuak gak la..tanggungjawab besar menanti aku kat sini..Tapi sukakan cabaran..dengan cabaranlah yang membuatkan aku lebih matang & kuat.Aku cuma berbekalkan kekuatan yang keluarga aku berikan pada ku..sokongan yang tak berbelah bahagi dari mereka ni lah buat aku kuat & ingat sahut cabaran kat mana2 pun aku pergi.

Aku dengan co ni dah 2kali dah aku try..mula2 lepas graduate..tpi masa tu mentah lagi..xda experience nak tunjuk aku ada potensi..tapi kali ke 2 ni aku lebih2 yakin dengan diri aku..& akhirnya aku BERJAYA dapat post dalam co ni..

Lepas ni aku nak teruskan matlamat asal aku sebagai seorang...... & aku x perlu fikir lagi status jawatan aku( sebab sebelum ni kontrak je) aku lepas ni nak jadi yang TERBAIK!! aku aim kali ni aku nak dapatkan title IR untuk diri aku..apa pun cabaran datang aku akan redah je asalkan aku dapat capai cita2 aku.

DOA2KANLAH YEEE.....

SALAM TAHUN BARU 2011


Memulakan bicara dengan harapan blog ini membawa harapan baru,semangat baru untuk tahun 2011 ,dengan umur aku pun dah meningkat naik ,macam x percaya je umur aku dah 2* dah..Tapi aku bersyukur diberi kesihatan yang baik & keadaan yang aman damai di samping keluarga tersayang.

Tak banyak harapanku untuk 2011 ni aku nak.........

1) Aku nak beli juga rumah tahun ni untuk parents aku & family aku..macamana pun mesti ada sebiji rumah teres yang selesa untuk dorang.
2) Jadi "The Best" kat tempat kerja baru nanti..cabaran lebih besar dari kerja yang dulu..kali ni nyawa,kecekapan kesemuanya aku handle.(Risau gak la,tapi demi keluarga & masa depan aku sahut cabaran ni)
3) At least....aku nak tunang tahun ni..(Kalau ada rezeki lebih nak kawin =) ngeee)
4) TUKAR "RIM SUKAN" kete aku yang dah tertangguh setahun dah ahahahahaha

What ever it is..wahhh what ever it is..ahahaha aku harap 2011 ni akan menjadikan aku lebih baik dari tahun 2010 & tahun2 sebelumnya..cabaran lebih besar menanti aku tahun ni..kalau tengok azam aku kat atas macam sikit tapi serius berat  wooo..tapi aku berdoa

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku & harapan ku tahun 2011 ini & aku berharap agar segala apa yang aku citakan akan tercapai " 

Aminyarrabalamin....................